Thursday, 21 June 2012
Di suatu petang
Di suatu petang,
Kala fikiran sedang ligat berfikir,
Tatkala itu melayan fikiran yang enak kiranya,
Bertemankan angin,
Sambil melihat ke hadapan,
Alangkah indah ciptaan Tuhan,
Andai semua ciptaan Tuhan indah,
Mengapa masih ada kerakusan dalam diri manusia?
Mengapa masih ketidakpuasan hati terjadi?
Mungkin itu sebabnya kelompangan berlaku,
Tatkala manusia diulit mimpi magis,
Aku pula bagaimana?
Aku sendiri sedang belajar mengenali diri,
Mengenali diri sebagai insan yang hanya melihat dan berfikir mahupun bertindak,
Kadangkala aku hampir tidak mengenali diri,
Ahh.. itu suatu ketika dahulu,
Aku kini sudah berubah,
Bila aku fikir balik, merenung kembali kisah yang aku anggap silam,
Saat itu fikiran masih cetek,
Fikiran tidak berkembang,
Namun, akhirnya berubah kerana dia,
Terima kasih awak!!!
Awak,
Kerana awak saya berubah
Kerana awak saya mampu berdiri di sini,
Kerana awak saya masih bernafas pada udara yang sama, berpijak pada tanah yang sama,
Kerana awak saya mengenali apa itu kasih dan sayang,
Kerana awak saya tahu segala-galanya,
Kerana awak saya belajar untuk menghargai apa yang ada,
Kerana awak saya berdiri di atas kaki sendiri,
Maafkan aku, sebab kebodohan itu,
Aku,
Hanya manusia yang sering melakukan kesilapan,
Awak,
awak akan tetap menjadi orang yang terindah yang pernah aku kenal..
Awak,
Terima kasih untuk segalanya...
Sang Pencipta,
Terima kasih kerana kasih dan sayangmu,
Terima kasih di atas segalanya,
Tanpamu,hidup aku tidak bermakna,
Saat badai menerpa, saat itu engkau menyelamatkan aku.
Terima kasih!!!
Awak-awak,
- Dad, Mumy, Eking, Elisa, Ririn and Kajan-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pandei juak bermadah kata..
ReplyDeletebok ko taok!!!!haha..ko ada?
ReplyDeletejiwangggg di situuuuuuuuuu
ReplyDelete